Sunday, February 24, 2013

Mutiara Nasihat 17 : Cabaran Organisasi Melatih Diri Menjadi AMANAH


Kehidupan seharian kita adalah dakwah. Maka dakwah tidak boleh diasingkan daripada hidup kita. 
Semua organisasi mempunyai cabaran pengurusan dan keahlian. Semasa aktif dengan NGO di P.Pinang, kami mengambil masa agak lama dan berdepan dengan karenah birokrasi demi mendapatkan sijil pendaftaran. Saya belajar daripada senior-senior bahawa untuk buat kerja-kerja Allah, perlu banyak sabar dan jangan kalau-kalau atau jangan tunggu-tunggu. JUST DO IT!. Hari ini Allah mengizinkan saya bersama Pertubuhan Belia Halaqah atau lebih dikenali dengan nama Halaqah Maya. Seperti pengalaman lepas, kami diuji dengan cabaran pengurusan dan keahlian. Menguruskan pertubuhan tanpa gaji ini lebih mencabar berbanding saya menguruskan pekerja-pekerja saya kerana di pertubuhan ini kami bekerja tanpa gaji, tanpa mengira masa dan tanpa ada bonus. Ya, kita semua tahu Allah memberi ganjaran pahala. Namun manusia biasa kadang-kadang terlupa itu semua. Alhamdulillah dengan mudah proses permohonan lesen diterima pada tahun lepas 2012. Namun ujiannya berbeza pula. Keahlian yang sangat ramai sehingga ribuan menjadi bagai buih-buih di lautan. Akhirnya mereka yang menggerakkan fungsi pertubuhan ini boleh dikira dengan jari. Bagi saya ini bukanlah suatu kelemahan sebaliknya cuma cabarana. Kita manusia, kita melakukan kesilapan. Mungkin kita tidak pandai menjaga kebajikan ahli. Mungkin kita tidak pandai melatih ahli. Mungkin kita tidak pandai menjaga kebajikan pemimpin??? sehingga pemimpin pun lari? Pemimpin juga manusia....

Kadang-kadang terlintas rasa sedih namun tidak pernah lagi terlintas putus asa. Bagi saya Allah tahu apa yang sedang Dia rencanakan. Segala cabaran dan ujian adalah proses saringan. Dalam ramai-ramai, pastinya cuma sedikit yang tulen... Dan yang tulen itulah yang Allah pilih. Kita berada di atas jalan kebaikan bukan kerana kita yang pilih, jadi tak perlulalh nak bangga diri. Kalau Allah nak campak kita, 1001 cara Dia boleh keluarkan kita daripada kebaikan dan terlungkupkan kita di lembah kehinaan. Jadi kita berada di sini kerana Allah yang telah memberikan kita amanah ini. Apabila Allah memberi amanah, maka Allah tahu kita mampu buat. Apabila kita tidak buat? Allah tak rugi apa-apa. Allah dah sebut yang Allah akan gantikan tempat kita dengan golongan yang lebih baik daripada kita. Bak kata, 1 pergi, 10 datang. Allah tak ingin kepada mereka yang jual mahal.

Saya menulis untuk diri sendiri. Saya tahu sampai satu masa nanti saya dan pertubuhan ini akan berpisah, itu pasti cuma masih tidak tahu rencana Allah bagaimana. Sepanjang saya bersama Halaqah Maya ini, saya rasa gembira kerana ianya ibarat pintu yang membolehkan masyarakat Malaysia berhubung dengan Masyarakat Islam di Kemboja melalui Program Cinta Kasih Kemboja




Program ini sungguh mulia dan mustahil saya mampu lakukan ianya seorang diri. Melalui program ini saya berkenalan dengan insan-insan yang bekorban lebih hebat untuk agama ini. Mengenali mereka sahaja sudah cukup manis buat saya yang masih belajar ini. Melalu pertubuhan ini juga masyarakat Malaysia dapat berhubung dengan bumi Gaza tercinta melalui Cinta Gaza



Saya sungguh terharu kerana ramai yang membantu secara online dan offline. Melalui pertubuhan ini juga masyarakat Islam khususnya orang Malaysia yang bertebaran di seluruh dunia dapat disatukan melalui Usrah Online / Usrah OnlineUsrah HM Malaysia Muslimat dan lain-lain. 

Masih banyak kebaikan pertubuhan ini yang saya nampak dan rasai sendiri. Lalu tidak mudah saya menarik diri atau membiarkan ia musnah. Mungkin pertubuhan ini tidaklah secekap mana,namun berilah ia masa untuk bertatih. Dalam kegersangan dunia hari ini yang ketandusan kebaikan, janganlah dicantas yang tidak seberapa ini. Pupuklah ia, kasihlah ia. Ia bukan milik kita tetapi ia amanah Allah dan untuk diwariskan kepada generasi akan datang.



Hihi. Macam serius je ayat-ayat saya...
Ya.. Saya serius ni.. :) Saya tidak berniat menyinggung hati mana-mana pihak. Saya cuma ingin berkongsi bahawa saya pernah melalui keperitan berpersatuan yang lebih hebat daripada yang hari ini. Jadi saya menyeru sahabat-sahabat saya, marilah hulurkan tangan membantu, hulurkan hati, hulurkan otak, hulurkan kaki, hulurkan doa dan sebagainya.. hulurkan duit pun boleh :D

Saya mencari sahabat-sahabat untuk mengisi kekosongan AJK tertinggi... Ibarat kereta tanpa roda, bagaimana hendak bergerak? Jadi, bantulah saya... :') Semoga dengan kalian mempermudahkan urusan kami, maka Allah permudahkan urusan kalian. Tiada gaji ye... ;) Sekian. Terima kasih kerana membaca.

Mutiara Nasihat 16 : Squad Hijrah SMKBTP.




Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar! ♥

Ride " Jelajah BTP cinta Rasul dan Palestin " bersama ahli-ahli Squad Hijrah SMK Bandar Tasik Puteri pada 22 Feb 2013 - Turut diedarkan phamphlet sekitar kawasan perumahan Bandar Tasik Puteri.

May Allah bless. Ya Rabb, berkati usaha kami walaupun sedikit .

- Squad Hijrah pencetus revolusi ummah -
: MENYELAMATKAN ISLAM KERJA KAMI ! :
 




Alhamdulillah ♥
Selesai sudah street dakwah " Jelajah BTP cinta Rasul " petang dan malam tadi . Masih ada ramai lagi yang datang walaupun tidak ada dalam gambar ni .

AllahuRabbi. Pagi tadi jumpa ahli Squad Hijrah SMKBTP perempuan, yg angkat tangan untuk hadir petang ni cuma 4 ke 5 orang je. Tapi, Allah hadirkan mereka ni membuat hati terkejut + gembira. suprise !

Alhamdulillah. Semoga Allah berkati langkah kita.
pss ! mereka ada yg first time gi street dakwah.Dan jawapan mereka " best lah kak ! nak phamphlet lagi ? "
Hampir 400 sudah diedarkan pada orang ramai ~ ♥

" Barangsiapa mempersiapkan peralatan mujahidin, maka mereka sendiri adalah mujahidin ! "

nantikan Street dakwah kami yang ke-dua Jumaat ni ~ May Allah ease :')
nantikan juga ride " Jelajah BTP " bersama pemuda-pemuda yang mengibarkan bendera Palestin ~ May Allah ease .

p/s : mohon support perjuangan dan gerakan kami. Syukran jiddan ♥






Mutiara Nasihat 15 : Kisah Benar Mendidik Anak Yang Tidak Solat


Allah Maha Mendengar.. Maha Berkuasa... Sudah dua bulan saya tidak pernah melihat si anak bersolat. Setiap kali masuk waktu solat, si anak berdiam diri membiarkan saya dan teman lain sahaja solat. Hati saya sedih. Dahulu sudah pernah memberi nasihat dan saya tidak pandai memaksa kerana anak ini sudah dewasa, lagipun bukan anak sendiri. Tadi sewaktu hendak mengambil wudhuk, hati sayu dan rasa gerun memikirkan di akhirat nanti ada kemungkinan si anak akan menyalahkan saya kerana tidak menyuruhnya solat. Saya jadi bertambah sedih. Lalu hati berbisik doa supaya Allah berikan ilham (idea) cara mengajak anak ini bersolat. Sebelum sempat saya selesai berwudhuk, anak tadi masuk ke tandas. Sebaik saya memakai telekung, dia muncul dengan wudhuk yang masih basah.
"Cikgu ada telekung lagi?" soalnya.

Hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya hati ini.... :')

Nasihat 14 : Menutup Aurat Itu Wajib


Wahai muslimah.... Pakai purdah itu tidak wajib. 
Yang wajib adalah pakaian yang menutup aurat....
Syarat pakaian yang menutup aurat adalah :

Syarat pertama:

PAKAIAN ITU MENUTUP AURAT (BUKAN URAT)

KEBANYAKAN ULAMA' BERSEPAKAT ' AURAT PEREMPUAN SELURUH BADAN KECUALI MUKA & PERGELANGAN TANGAN.

Syarat Kedua:

PAKAIAN ITU TEBAL YAKNI TIDAK JARANG MENAMPAKKAN KULIT( CONTOH KAIN JENIS SIFON, NIPIS, NAK PAKAI KENA LINING) Tebal pula x boleh dari kain Lycra. melekat nampak ketul2..

antara dalilnya:

" ada 2 golongan ahli neraka yang daku belum pernah lihat sebelum ini. Pertama: golongan perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang seleweng serta menyelewngkan di atas kepala mereka umpama bonggol unta. Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menghidu baunya. Kedua, beberapa lelaki yang mempunyai cemeti seumpama seekor lembu (yang digunakan untuk) memukul orang lain(secara zalim)

( riwayat Imam Muslim hadis no 2128)

imam Nawawi ra mentafsirkan MAKSUD BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG ialah seperti berikut:

*Tafsiran Pertama:

Memakai nikmat Allah tetapi telanjang daripada mensyukurinya(tidak mensyukurinya).

* Tafsiran Kedua:

Menutupi sebahagian badan dan membuka sebahagian yang lain untuk memperlihatkan kepada orang lain. contoh tudung leher dan nampak payudara.

* Tafsiran Ketiga:

Memakai pakaian nipis yang memperlihatkan warna badannya. Contoh kain jenis bersulam berlubang, jenis sifon dan sepertinya. Ada juga kes pakai nipis, lining ketat kat dalam, ditiup kipas memang nmpak bentuk..tetap haram walau lining.

Tafsiran SELEWENG:

-Tidak menjaga sesuatu yang wajib dijaga dan memberitahu orang lain tentang perbuatan mereka yang tercela itu.

-Seleweng yakni berjalan berlenggang lenggok( menggerakkan kedua2 bahu ketika berjalan): ala2 catwalk.

-Seleweng yakni mereka menyikat ( membentuk) rambut secara salah sebagaimana rambut perempuan berzina dan membentuk rambut perempuan lain seperti itu juga.

Iaitu" kepala mereka seumpama bonggol unta' ialah mereka membesarkan rambut mereka sama ada diletakkan kain, sanggul@ seumpamanya.

Fesyen ni dah berlambak di pasaran, bertudung tetapi sanggul ditinggikan kemudin dipin@ guna kerongsang untuk menojolkan fesyen di belakang kepala.


Syarat Ketiga:

PAKAIAN ITU MESTILAH LAPANG@ LUAS YAKNI TIDAK KETAT.

Maka kebaya, seluar jeans@slack ketat, jenis tshirt bergetah memang haram...

Syarat Keempat:

PAKAIAN ITU TIDAK DIKENAKAN WANGI-WANGIAN.

Dalam konteks ni, pilih deodoran yang x berbau.

Hadis: Mana2 perempuan yang memakai minyak wangi kemudian melalui di hadapan satu kaum lelaki agar mereka menghidu baunya maka ia dianggap umpama berzina. Begitu juga setiap mata yang melihatnya dianggap umpama berzina.

riwayat anNasai H. No 5126

Syarat Kelima:

Pakaian itu bukanlah pakaian untuk kemasyuran dan menarik perhatian serta untuk sombong dan takabbur.

Contoh pakaian yang disulam cantik dengan niat menarik perhatian..macam pakaian pengantin, pakaian raya, pakaian ke majlis kahwin. Kebanyakan wanita time2 majlis macam tu memang dressing habis2an.

Syarat Keenam:

Jangan sesuatu yang digunakan untuk menutup aurat itu sendiri merupakan perhiasan.

Contoh: mahkota, rambut palsu.Ada juga yang x mau bertudung tapi tutup rambut dengan rambut palsu.

Syarat Ketujuh:

Pakaian tidak menyerupai pakaian perempuan kafir..

Bab ini dah menjadi trend contohnya: pakai baju x berlengan, pendek tapi pakai sarung lengan(ketat) dan pakai jeans.

Syarat Kelapan:

Jangan sampai pakaian yang dipakai oleh sseorang perempuan itu menyerupai pakaian khusus untuk lelaki.

Contoh: pakai Tshirt dan berseluar ( jika x bertudung, berambut pendek dari belakang memang nampak macam lelaki)

Jika nak memakai seluar panjang, jangan ketat tetapi apa yang kelihatan walaupun berbaju blouse pakai seluar panjang tetapi tetap haram kerana bentuk peha memang kelihatan terutama bila duduk @ angin meniup..memang nampak bentuk paha..kecuali memakai kain diluar seluar. Maka kalian fikirkanlah.

p/s : Jika teringin berfesyen hatta macam artis sekali pun, belilah dan pakailah tapi ingat lapisilah dengan pakaian menutup aurat. Islam x menghalang fesyen. Apapun tanamkan dalam hati , sebutlah dalam doa...'Ya Allah hidupkan & matikan ku dalam Iman"

p/s/s : berkata benar meskipun pahit kerana saya sayang kamu ♥ semoga nanti di akhirat kita dapat bersama dalam syurga. inshaallah.

p/s/s/s : peringatan untuk diri sendiri dan kesayangan2 saya...

Nasihat 13 : Mengapa Berpurdah?


Mereka bertanya... "Mengapa berpurdah?"
Setiap kali soalan ini ditanya, saya cuma mampu senyum dan berfikir-fikir. Susah betul nak jawab. Sebab takut salah cakap. 

Saya dibesarkan dalam keluarga yang memang sedia ada muslimah berpurdah tetapi hati saya langsung tidak bercadang atau bercita-cita untuk berpurdah. Saya juga langsung tidak tertarik hati terhadap mereka yang berpurdah. Bagi saya, hukum yang wajib sudah cukup banyak, mengapa nak sibuk buat yang sunat.

Kehidupan saya banyak melibatkan masyarakat, saya selalu bergaul dengan macam-macam jenis manusia, melayan kerenah yang pelik-pelik. Maklumlah manusia. Sebagai manusia, saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Pada penghujung 2011, saya telah dimasukkan ke hospital dan dalam keadaan sakit yang macam nak mati, saya mula muhasabah balik seluruh hidup saya. Memanglah orang lain nampak saya macam baik, tapi Allah lebih kenal siapa saya. Saya tak mahu baik di pandangan manusia sahaja, saya mahu biar Allah sendiri yang mengaku saya baik. Bolehkah begitu? Jadi bermulalah pengembaraan diri bertaubat. Ingat senang?! Saya kehilangan banyak perkara yang saya sangat cintai di awal pengembaraan ini. Ujian datang membuatkan saya pernah fikir mati lebih baik. Pada pertengahan 2012, saya mengerjakan umrah. Semasa di sana, saya masih sakit dan saya rasa sakit zahir dan batin. Sakit zahir sehingga saya duduk atas kerusi roda sambil air mata bergenang tak kira masa. Sakit batin kerana sedar saya berdosa.

Penghujung bulan Ogos 2012, saya menyemak semula 'Check List Perbaiki Diri' yang sudah saya senaraikan. Ada satu lagi yang belum selesai iaitu memakai niqab/purdah. Takut. Jadi saya buat istikharah banyak kali. Banyak perkara yang saya risaukan jika saya berpurdah. Antaranya saya khuatir akhlak saya buruk menyebabkan imej suci ini tercemar. Saya juga khuatir imej ini menyebabkan perniagaan saya terjejas, khuatir kawan-kawan saya tidak dapat menerima saya, khuatir bakal suami saya atau keluarganya tidak dapat menerima saya dan 1001 kerisauan melanda. Saya buat istikharah banyak kali minta Allah berikan petunjuk. Kalau boleh saya nak lupakan niat ni tapi entah kenapa pekara ni asyik bermain di fikiran saya sehinggakan saya benar-benar bertekad "Maybe this is the right time, now or never."

Beranikan diri... Dan saya pun pakailah purdah.....

Bermulanya hari pertama saya pakai purdah, ujian yang turun macam air hujan lebat. Tapi saya ada payung. Hihi. :D
Allah adalah payung saya. Saya serahkan soal rezeki, jodoh dan maut pada Allah... I have done my best. Tak tahulah macam mana esok lusa... Saya masih dalam proses perbaiki diri. Inshaallah masih dan masih. Semoga Allah berikan kekuatan dan keikhlasan.

p/s: Saya bukan aliran agama. Saya bukan ustazah. Jadi jangan tanya saya soalan-soalan khilaf.
p/s/s: Saya tak pakai purdah/niqab semasa di kelas tuisyen. Sewaktu bekerja (mengajar atau diskusi ibu bapa), saya akan buka niqab ni... Sebab ekspresi muka memainkan peranan dalam pekerjaan saya.
p/s/s/s: Kepada yang sangka tunang saya yang suruh saya berniqab, anda salah 100%... saya pakai kerana saya sendiri yang nak pakai. ;)
p/s/s/s/s: Saya masih hang out dengan kawan-kawan lama yang macam2 jenis dan masih melayan kerenah manusia yang pelbagai. Saya sayanggggg mereka. :D Saya kawan dengan semua orang. Saya tak paksa orang lain ikut macam saya, masing-masing ada cara tersendiri. Yang penting,kita respect each other... :)

Nasihat 12 : Jangan Sangka Semua Manusia Seperti Kamu

Bekerja sepeti sotong, tangan-tangannya banyak! Serentak buat beberapa tugasan. Kepala fikir lain, tangan buat lain, sambil buat lain dan sedang buat lain. Bak kata peribahasa alah bisa tegal biasa. Semasa bekerja juga selalunya mahu lekas siap dan perlu hampir sempurna. Cepat! Pantas! Pantas!

Pada suatu hari, saya ditegur oleh seorang pembantu, "Bukankah yang ini, kamu suruh saya yang siapkan, tetapi kemudian kamu pula yang buat,"
Saya menjawab, "Sebab saya tunggu lambat sangat, jadi saya buat." Sejujurnya beliau tidaklah terlalu lambat jika diukur menggunakan zon waktu manusia biasa, tetapi bagi saya yang sudah terbiasa semua hendak cepat, ianya adalah lambat!

Pada masa itu saya tersedar sesuatu, astagfirullah. Nampaknya saya sudah memecut terlalu laju meninggalkan pembantu yang sepatutnya membantu saya. Saya tidak boleh berbuat begitu kerana saya perlu biarkan pembantu saya belajar untuk menjalankan fungsinya dengan baik. Serta merta saya menekan pedal brek untuk memperlahankan gerak kerja saya... Jika saya berdegil mahu buat semua kerja sendiri, akhirnya nanti saya juga yang akan terbenam dalam kerja-kerja yang bertimbun.

Sepanjang perjalanan hidup ini, saya kira tidak ramai manusia yang boleh berfungsi seperti sotong, buat pelbagai tugasan serentak pada satu-satu masa. Mereka ini sangat produktif dan jumlahnya kecil. Selalunya orang sekeliling yang tidak mampu mengejar kelajuan mereka yang seperti lipas kudung ini akan berasa sangat 'stress' berada di sisi mereka. Jika di jabatan swasta, kebanyakkan ketua-ketua adalah jenis yang begini, si lipas kudung. Lipas kudung ini adalah peribahasa melambangkan manusia yang tidak tahu duduk diam.

Mengapa boleh menjadi si lipas kudung? Pada pandangan saya, selalunya kelompok ini cekap bekerja dan menganggap kerja-kerja tersebut mudah. Sedangkan bagi kelompok lain yang mungkin lansung tiada pengalaman akan berasa sangat susah dan tertekan melakukan satu-satu kerja. Apabila kedua-dua kelompok ini bertemu dan berurusan, maka tercetuslah konflik dalaman.

Kunci keharmonian dalam gerak kerja ini adalah saling bertolak ansur dan memberi peluang. Kedua-dua pihak perlu saling berusaha untuk melakukan yang terbaik supaya kedua-duanya berasa dihargai dan tidak dipinggirkan. Si pantas perlu sedar bahawa walau sepantas mana dirinya, dia perlu memberikan peluang kepada mereka yang di sekelilingnya masa untuk menjadi mahir. Inshaallah suatu hari nanti apabila mereka sudah mahir, mereka akan menjadi pantas juga...

Pemimpin yang bijak adalah pemimpin yang menyediakan penggantinya apabila dirinya sudah tiada. Maka pemimpin perlu sedar suatu hari nanti kita mungkin akan sakit, sibuk atau pergi jauh. Jadi perkukuhkanlah pimpinan baru yang akan menggantikan tempat kita.

Wallahualam


Sunday, December 2, 2012

Nasihat 11 : Redha dengan Jodoh Yang Allah Pilihkan



Saya bertanya kepada emak “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..
Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak yang sayangkan kita kerana Allah..”
Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?”
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
“mak dulu masa besar kakak ada secret admire.. rajin betul dia hantar surat..masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. mak nak belajar sungguh-sungguh.. lama budak tu tunggu mak.. akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. tapi zaman tu ustaz ustazah nya still berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu mak panggil mak Aji.. sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.
“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah tak? Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat.. besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
“Kakak.. jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. bercouple mungkin.. tetapi bukan berkahwin.. kerana kita berkahwin dengan jodoh kita. Yang Allah dah tetapkan tsejak azali.. dan tak mustahil orang yang kita paling benci tu lah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. tetapi itu tak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. perbezaannya dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika.. tentu kering tekak emak meneraangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta pada pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai Dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
“Kakak.. hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
“kakak.. walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. tapi kalau dapat yang kakak taknak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ”
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.