Kehidupan seharian kita adalah dakwah. Maka dakwah tidak boleh diasingkan daripada hidup kita. |
Kadang-kadang terlintas rasa sedih namun tidak pernah lagi terlintas putus asa. Bagi saya Allah tahu apa yang sedang Dia rencanakan. Segala cabaran dan ujian adalah proses saringan. Dalam ramai-ramai, pastinya cuma sedikit yang tulen... Dan yang tulen itulah yang Allah pilih. Kita berada di atas jalan kebaikan bukan kerana kita yang pilih, jadi tak perlulalh nak bangga diri. Kalau Allah nak campak kita, 1001 cara Dia boleh keluarkan kita daripada kebaikan dan terlungkupkan kita di lembah kehinaan. Jadi kita berada di sini kerana Allah yang telah memberikan kita amanah ini. Apabila Allah memberi amanah, maka Allah tahu kita mampu buat. Apabila kita tidak buat? Allah tak rugi apa-apa. Allah dah sebut yang Allah akan gantikan tempat kita dengan golongan yang lebih baik daripada kita. Bak kata, 1 pergi, 10 datang. Allah tak ingin kepada mereka yang jual mahal.
Saya menulis untuk diri sendiri. Saya tahu sampai satu masa nanti saya dan pertubuhan ini akan berpisah, itu pasti cuma masih tidak tahu rencana Allah bagaimana. Sepanjang saya bersama Halaqah Maya ini, saya rasa gembira kerana ianya ibarat pintu yang membolehkan masyarakat Malaysia berhubung dengan Masyarakat Islam di Kemboja melalui Program Cinta Kasih Kemboja.
Program ini sungguh mulia dan mustahil saya mampu lakukan ianya seorang diri. Melalui program ini saya berkenalan dengan insan-insan yang bekorban lebih hebat untuk agama ini. Mengenali mereka sahaja sudah cukup manis buat saya yang masih belajar ini. Melalu pertubuhan ini juga masyarakat Malaysia dapat berhubung dengan bumi Gaza tercinta melalui Cinta Gaza.
Saya sungguh terharu kerana ramai yang membantu secara online dan offline. Melalui pertubuhan ini juga masyarakat Islam khususnya orang Malaysia yang bertebaran di seluruh dunia dapat disatukan melalui Usrah Online / Usrah Online/ Usrah HM Malaysia Muslimat dan lain-lain.
Hihi. Macam serius je ayat-ayat saya...
Ya.. Saya serius ni.. :) Saya tidak berniat menyinggung hati mana-mana pihak. Saya cuma ingin berkongsi bahawa saya pernah melalui keperitan berpersatuan yang lebih hebat daripada yang hari ini. Jadi saya menyeru sahabat-sahabat saya, marilah hulurkan tangan membantu, hulurkan hati, hulurkan otak, hulurkan kaki, hulurkan doa dan sebagainya.. hulurkan duit pun boleh :D
Saya mencari sahabat-sahabat untuk mengisi kekosongan AJK tertinggi... Ibarat kereta tanpa roda, bagaimana hendak bergerak? Jadi, bantulah saya... :') Semoga dengan kalian mempermudahkan urusan kami, maka Allah permudahkan urusan kalian. Tiada gaji ye... ;) Sekian. Terima kasih kerana membaca.