Sunday, February 24, 2013

Mutiara Nasihat 17 : Cabaran Organisasi Melatih Diri Menjadi AMANAH


Kehidupan seharian kita adalah dakwah. Maka dakwah tidak boleh diasingkan daripada hidup kita. 
Semua organisasi mempunyai cabaran pengurusan dan keahlian. Semasa aktif dengan NGO di P.Pinang, kami mengambil masa agak lama dan berdepan dengan karenah birokrasi demi mendapatkan sijil pendaftaran. Saya belajar daripada senior-senior bahawa untuk buat kerja-kerja Allah, perlu banyak sabar dan jangan kalau-kalau atau jangan tunggu-tunggu. JUST DO IT!. Hari ini Allah mengizinkan saya bersama Pertubuhan Belia Halaqah atau lebih dikenali dengan nama Halaqah Maya. Seperti pengalaman lepas, kami diuji dengan cabaran pengurusan dan keahlian. Menguruskan pertubuhan tanpa gaji ini lebih mencabar berbanding saya menguruskan pekerja-pekerja saya kerana di pertubuhan ini kami bekerja tanpa gaji, tanpa mengira masa dan tanpa ada bonus. Ya, kita semua tahu Allah memberi ganjaran pahala. Namun manusia biasa kadang-kadang terlupa itu semua. Alhamdulillah dengan mudah proses permohonan lesen diterima pada tahun lepas 2012. Namun ujiannya berbeza pula. Keahlian yang sangat ramai sehingga ribuan menjadi bagai buih-buih di lautan. Akhirnya mereka yang menggerakkan fungsi pertubuhan ini boleh dikira dengan jari. Bagi saya ini bukanlah suatu kelemahan sebaliknya cuma cabarana. Kita manusia, kita melakukan kesilapan. Mungkin kita tidak pandai menjaga kebajikan ahli. Mungkin kita tidak pandai melatih ahli. Mungkin kita tidak pandai menjaga kebajikan pemimpin??? sehingga pemimpin pun lari? Pemimpin juga manusia....

Kadang-kadang terlintas rasa sedih namun tidak pernah lagi terlintas putus asa. Bagi saya Allah tahu apa yang sedang Dia rencanakan. Segala cabaran dan ujian adalah proses saringan. Dalam ramai-ramai, pastinya cuma sedikit yang tulen... Dan yang tulen itulah yang Allah pilih. Kita berada di atas jalan kebaikan bukan kerana kita yang pilih, jadi tak perlulalh nak bangga diri. Kalau Allah nak campak kita, 1001 cara Dia boleh keluarkan kita daripada kebaikan dan terlungkupkan kita di lembah kehinaan. Jadi kita berada di sini kerana Allah yang telah memberikan kita amanah ini. Apabila Allah memberi amanah, maka Allah tahu kita mampu buat. Apabila kita tidak buat? Allah tak rugi apa-apa. Allah dah sebut yang Allah akan gantikan tempat kita dengan golongan yang lebih baik daripada kita. Bak kata, 1 pergi, 10 datang. Allah tak ingin kepada mereka yang jual mahal.

Saya menulis untuk diri sendiri. Saya tahu sampai satu masa nanti saya dan pertubuhan ini akan berpisah, itu pasti cuma masih tidak tahu rencana Allah bagaimana. Sepanjang saya bersama Halaqah Maya ini, saya rasa gembira kerana ianya ibarat pintu yang membolehkan masyarakat Malaysia berhubung dengan Masyarakat Islam di Kemboja melalui Program Cinta Kasih Kemboja




Program ini sungguh mulia dan mustahil saya mampu lakukan ianya seorang diri. Melalui program ini saya berkenalan dengan insan-insan yang bekorban lebih hebat untuk agama ini. Mengenali mereka sahaja sudah cukup manis buat saya yang masih belajar ini. Melalu pertubuhan ini juga masyarakat Malaysia dapat berhubung dengan bumi Gaza tercinta melalui Cinta Gaza



Saya sungguh terharu kerana ramai yang membantu secara online dan offline. Melalui pertubuhan ini juga masyarakat Islam khususnya orang Malaysia yang bertebaran di seluruh dunia dapat disatukan melalui Usrah Online / Usrah OnlineUsrah HM Malaysia Muslimat dan lain-lain. 

Masih banyak kebaikan pertubuhan ini yang saya nampak dan rasai sendiri. Lalu tidak mudah saya menarik diri atau membiarkan ia musnah. Mungkin pertubuhan ini tidaklah secekap mana,namun berilah ia masa untuk bertatih. Dalam kegersangan dunia hari ini yang ketandusan kebaikan, janganlah dicantas yang tidak seberapa ini. Pupuklah ia, kasihlah ia. Ia bukan milik kita tetapi ia amanah Allah dan untuk diwariskan kepada generasi akan datang.



Hihi. Macam serius je ayat-ayat saya...
Ya.. Saya serius ni.. :) Saya tidak berniat menyinggung hati mana-mana pihak. Saya cuma ingin berkongsi bahawa saya pernah melalui keperitan berpersatuan yang lebih hebat daripada yang hari ini. Jadi saya menyeru sahabat-sahabat saya, marilah hulurkan tangan membantu, hulurkan hati, hulurkan otak, hulurkan kaki, hulurkan doa dan sebagainya.. hulurkan duit pun boleh :D

Saya mencari sahabat-sahabat untuk mengisi kekosongan AJK tertinggi... Ibarat kereta tanpa roda, bagaimana hendak bergerak? Jadi, bantulah saya... :') Semoga dengan kalian mempermudahkan urusan kami, maka Allah permudahkan urusan kalian. Tiada gaji ye... ;) Sekian. Terima kasih kerana membaca.